Header Ads

Loading...

Jamal Derma RM7 Bilion Untuk Bersatu?



KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus, 'mendermakan' AS$1,800 juta bersamaan RM7 bilion untuk tabung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi satu transaksi cek di ibu negara hari ini.

Dengan derma itu, Jamal berkata, pihaknya berharap Bersatu akan menutup akaun khas derma yang sebelum ini diwar-warkan untuk sumbangan oleh orang ramai, lapor Sinar Harian.


Loading...

"Beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata rakyat terbeban dengan ekonomi sekarang tapi dia minta derma. Jadi lepas ni bubar saja akaun ini tak payah susahkan rakyat Malaysia dah sebab saya dah masukkan duit untuk biaya politik Bersatu.

"Saya pun tak tahu bagaimana akaun bank Bersatu ini boleh diwujudkan sedangkan Bersatu masih belum berdaftar. Tapi pada saya ini adalah taktik untuk mengkaburi mata pihak berkuasa kerana nanti akan ada duit lain masuk untuk Bersatu," kepada media di pekarangan Pusat Dunia Dagangan Putra (PWTC), hari ini.

Sebelum ini, Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu mewarwarkan kutipan derma daripada rakyat Malaysia untuk pembiayaan politik parti itu menghadapi PRU depan.

No comments

Loading...