Header Ads

Dr Mahathir Tak Sihat, Program Gempur Kubu MCA Terpaksa Ditangguh


Pakatan Harapan (HARAPAN) Bentong membatalkan program jelajah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan esok kerana kesihatan bekas perdana menteri itu yang tidak mengizinkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi HARAPAN Bentong Wong Tack, Dr Mahathir dinasihatkan oleh doktor untuk berehat daripada melakukan aktiviti luar.

"Penganjuran semula akan dimaklumkan kemudian. Pihak penganjur juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," katanya.


Loading...

Difahamkan, program yang dijadualkan berlangsung esok di kawasan parlimen presiden MCA itu turut melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, dan Anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kelihatan tidak sihat dan batuk ketika berucap di Konvensyen HARAPAN di Pulau Pinang 4 Februari lalu.

Sementara itu, wakil BERSATU bagi program itu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang dimaklumkan pejabat Dr Mahathir berkata, bekas perdana menteri itu kurang berehat meski tidak sihat sejak minggu lalu.

"Dr Mahathir batuk sejak di program HARAPAN di Pulau Pinang minggu lalu. Tapi masa tu Dr Mahathir tetap muncul.

"Selepas pulang semula ke Kuala Lumpur, sepanjang minggu Dr Mahathir tidak berehat. Meski batuknya makin teruk, dia tetap bertugas. Tapi tadi doktor nasihatkan dia berehat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

- Malaysiakini

No comments

Loading...