Header Ads

Loading...

'Dia Main-Main Je Tu'


BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan hasrat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk.

Menurutnya, Azmin berkata demikian kerana tahu beliau akan kalah di kerusi yang dimenanginya pada PRU13 lalu.

Loading...

“Saya dan perdana menteri mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat bertanding sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan.

“Mungkin orang itu merasakan kawasan sedia ada untuk beliau pertahan akan alami kekalahan sebab itu cuba nasib di kawasan lain,” katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk, di Kampung Teluk Buluh, pagi tadi.

Menurutnya, semua pihak sedia maklum bahawa kawasan yang diwakili pemimpin pembangkang itu mempunyai banyak masalah dan sedang menjadi rungutan rakyat.

“Harap sebelum berniat pindah kawasan sila lakukan pembaikan perkhidmatan kawasan terutamanya dari segi kemudahan asas kepada pengundi-pengundi kawasan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa di dalam politik seorang pemimpin tidak boleh main-main mengeluarkan kenyataan.


“Dia (Mohamed Azmin) main-main je tu. Saya tahu dia main-main,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin dilaporkan dalam pertimbangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU14 nanti.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau masih menunggu dan perkara itu bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

- Sinar Harian

No comments

Loading...