Header Ads

Loading...

Dana DAP: Nazri Cabar Robert Kuok Serah Kerakyatan



PADANG RENGAS - Raja Gula, Robert Kuok dicabar menyerahkan semula kewarganegaraan Malaysia miliknya kerana negara tidak memerlukan rakyat sepertinya.

Cabaran itu dilontarkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang melabelkan Robert Kuok sebagai ‘kacang lupakan kulit’ kerana tidak mengenang jasa kerajaan membantunya sebelum ini.

Menurutnya, setiap orang bebas memberikan sumbangan kepada mana-mana parti politik namun sebagai wakil kerajaan, Mohamed Nazri mengakui kerajaan tersinggung dengan niat Raja Gula mahu membantu DAP.


Loading...

“Kita tak faham. Kalau dia nak sumbang kepada DAP itu hal dia,  tetapi apa salahnya kalau dia sumbang juga kepada kita kerana selama ini kita banyak bantu dia.

“Sejak merdeka kita banyak bantu dia tapi sekarang jadi seperti beri makan kepada anjing yang gigit kita balik. Kalau dia nak lawan, kita lawan dia. Kita nak tengok berapa kekayaan dia boleh belanja.

“Jangan ingat you banyak duit you rasa bongkak, you masuk politik sendiri. Jangan jadi pengecut, penakut bagi duit kepada DAP untuk jatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian BR1M di Pusat Kegiatan Masyarakat JKKK Kubang Panjang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ini turut mencabar Robert Kuok pulang ke Malaysia jika taikun perniagaan itu betul-betul berani menentang kerajaan.

“Kalau betul-betul berani, balik ke Malaysia, lawan. Kita tak takut. Tak hirau duit dia sebab rakyat tahu siapa dia. Saya memang marah sebab kalau dia nak beri pandangan, dia boleh beri pandangan.

“Tapi bila saya tahu isi hatinya, saya akan lawan habis-habisan. Robert, kalau you berani baliklah Malaysia. Saya memang marah. Jangan duduk luar negara jadi pengecut, penakut, pondan.

“Bagi duit kepada pembangkang untuk jatuhkan kerajaan, dia takkan menang. Rakyat Malaysia bukan saja Melayu tapi Cina pun marah pada dia,” tegasnya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...