Header Ads

Zamihan Gesa Dr Mahathir Masuk Pondok, Tak Payah Sibuk Politik


Bekas pemimpin negara Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas untuk melupakan hasrat kembali menjadi ahli politik, sebaliknya disaran melipat gandakan amalan dan pahala dalam meniti hari-hari senja beliau

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu akur bahawa dirinya telah diberi peluang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan tidak perlu mendakwa dirnya sahaja yang layak memimpin negara ini.

“Itu saya kata, sebab niat dia politik dunia nak kuasa pemerintahan duniawi semata-mata.

“Selepas tu dia melihat orang lain bodoh belaka, dia sahaja yang betul, orang lain tak pandai aku sahaja yang cerdik, mana boleh fikir begitu.


Loading...

“Padahal masa kita berkuasa kita buat macam-macam, kita sanggup keluarkan arahan-arahan yang melukakan hati rakyat, tapi bila orang lain memerintah kita kritik dia, kita kata dia yang tak betul, tak maju tak patut dan kita buat comeback balik pada masa hujung usia,” selar Dr Zamihan.

Beliau berkata demikian dalam program bicara Sembang Watan yang dianjurkan Watan-Online portal, di Sungai Buloh, pada Sabtu.

Justeru itu, Dr Zamihan menyifatkan individu yang berumur seperti Dr Mahathir sepatutnya lebih fokus dalam membuat persediaan menemui Sang Pencipta daripada sibuk memikirkan hal negara.

“Ini yang tak betul bagi saya, orang tua yang dah berkuasa 22 tahun patutnya masuk pondok mengaji kitab, banyakkan bertaubat dan memohon maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu dan buat amal jariah yang banyak untuk ahirat patutnya.

“Tak payah fikir politiklah dah tua bangka dekat nak mati ni,” ujarnya lagi.

Awal tahun ini PH telah mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.


Sumber: Watan Online

No comments

Loading...