Header Ads

Wanita Ini Paling Cantik Di Dunia


PELAKON drama Filipina Kapamilya, Liza Soberano menduduki tempat teratas dalam senarai wanita dengan wajah tercantik 2017.

Senarai tersebut, 'The 100 Most Beautiful Faces 2017' yang didedahkan oleh Independent Critics yang diketuai pengkritik filem TC Candler mengatakan Soberano mengalahkan lebih 90,000 pelakon dan selebriti wanita lain di seluruh dunia.

Penghormatan kepada Soberano tersebut juga adalah yang pertama diterima oleh seorang warga Filipina semenjak senarai tersebut mula dihasilkan pada 1990.


Loading...

Pada 2016, Soberano menduduki tempat kedua di belakang pelakon dan model Britain, Jourdan Dunn dan menduduki tempat keenam pada 2015.

Antara individu lain yang termasuk dalam senarai wanita tercantik 2017 adalah Thylane Blondeau (Perancis) dan Emma Watson (Britain)

TC Candler berkata, senarai yang dihasilkan Independent Critics 'bukan satu pertandingan mengenai populariti'.

Selain itu, senarai berkenaan juga mementingkan 'kesempurnaan wajah' sebagai satu-satunya kriteria untuk melayakkan seseorang calon untuk memasuki senarai tersebut.

- Sinar Harian

No comments

Loading...