Header Ads

Loading...

'Wahai Najib Dengarlah Pesananku Ini...'


KAJANG - Pakatan Harapan menuntut komitmen daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memastikan PRU14 diadakan dengan baik dan amanah.

Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PRU14 bakal menjadi pilihan raya yang paling 'panas' seandainya ia tidak dijalankan dengan adil dan saksama.

"PRU14 ini disebut Najib sebagai bapa segala PRU maka saya menuntut komitmen daripada beliau... wahai Najib pastikan PRU14 kali ini adalah sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.


Loading...

"Perlu setuju dan juga harus akur akan suara dan kehendak rakyat dan undang-undang dan pastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman, Insya-ALLAH kalau kita menang pada PRU14, sama-sana kita berdoa," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai majlis Pelancaran Wanita Harapan hari ini,  Wan Azizah berkata, ia merupakan detik bersejarah buat wanita Harapan.

"Ayuh bersama-sama kita bersatu hati, bangkit pastikan kemenangan dalam PRU14 nanti," katanya.

Banyak petanda PRU-14 akan diadakan pada bila-bila masa.

Mengikut peraturan, Dewan Rakyat sekarang akan terbubar secara automatik pada 24 Jun 2018.


Kemudian ada 60 hari lagi untuk SPR diadakan PRU-14. Maknanya, Najib ada sehingga 24 Jun tahun ini untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini Najib menegaskan tarikh PRU14, akan diadakan bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, BN mempunyai mandat untuk mentadbir negara sehingga pertengahan tahun hadapan.

"Semua orang tahu, kita ada 'limit time', iaitu tidak boleh lewat daripada Jun, jadi bila-bila masa sahaja sebelum Jun," katanya dalam sidang media di PWTC.

- Sinar Harian

No comments

Loading...
loading...