Header Ads

Loading...

[VIDEO] Saya Saya Harap Sangat Jasad Alif Dapat Ditemui Walau Apa Pun Berlaku, Kami Redha - Luah Bapa Mangsa


KOTA BHARU- "Saya harap biarlah jasadnya ditemui walau apa pun yang berlaku, kami redha", luahan bapa kepada mangsa hilang di sungai, Mohd Alif Aiman Adli, 12, yang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas bermain di kawasan sungai bersama empat rakannya di Kampung Pak Limah, Salor di sini Rabu lalu.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Nor, 34, berkata, dia mengharapkan sempena hari Jumaat (semalam) , mudah-mudahan anaknya dapat ditemui dan dia menerima apa jua keadaan anaknya dengan tabah.

Loading...


“Saya turun ke sungai kira-kira jam 10.15 pagi tadi bersama isteri dan anggota bomba menaiki bot bagi meninjau kawasan Alif Aiman kali terakhir dilihat berain berhampiran sungai itu.

“Biarlah sekurang-kurangnya kami dapat lihat anak saya di depan mata, dan dapat melihatnya buat kali terakhir,” ujarnya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.


- Sinar Harian

No comments

Loading...
loading...