Header Ads

[VIDEO] Peniaga Online ‘Travel’ 852KM Semata-Mata Mahu Pukul Pelanggan


Seorang peniaga lelaki dalam talian yang bengang selepas seorang pelanggan membuat aduan mengenai perkhidmatannya sanggup melakukan perjalanan sejauh 530 batu (kira-kira 852 kilometer (km)) semata-semata mahu menyerang wanita itu.

Mangsa, Xiao Die, dipukul oleh peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Zhang gara-gara berang selepas wanita itu membuat aduan mengenai barangan yang dipesan pada 20 Disember lalu masih belum sampai ke rumahnya, lapor Mail Online.


Loading...
Difahamkan, kejadian berlaku di lokasi penghantaran di Zhengzhou, Wilayah Henan pada 27 Disember semasa mangsa menunggu untuk mengambil pesanannya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian memaparkan mangsa dipukul pada bahagian muka, disepak dan ditolak sehingga terjatuh oleh peniaga biadab berkenaan.

No comments

Loading...