Header Ads

Loading...

[Video] Mat Motor ‘Drive Thru’ Raba Buah Dada


JAKARTA – Amat malang nasib seorang pejalan kaki wanita di Depok, wilayah Jawa Barat, apabila buah dadanya diraba secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal, pada Khamis lalu.

Insiden mengejutkan itu namun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 2.29 petang di Jalan Kuningan Datuk, iaitu lorong sempit di jalan utama bandar raya dekat Margonda Raya.

Lapor portal Tribunnews, mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menyangka suspek cuba meragut telefon bimbitnya ketika dia sedang berjalan menuju ke sebuah bank.


Loading...

Namun sebaliknya berlaku apabila suspek lelaki terbabit hanya bertindak meramas penuh buah dada kanannya ‘seketika’ yang agak montok sebelum berjaya memecut pergi.


Terkejut dengan tindakan biadab lelaki itu, mangsa kemudian cepat-cepat mengambil gambar motosikal suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Ekoran itu, mangsa telah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan mengharapkan rakaman CCTV insiden itu dapat disebarkan agar suspek segera ditangkap.

Polis Kota Depok berkata mangsa telah memaklumkan nombor pendaftaran motosikal suspek dan siasatan telah dijalankan.


“Kami akan mengumpulkan bukti untuk memburu pelakunya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana.

Sementara itu, seorang penulis laman saman sesawang Coconuts turut mendakwa mengalami gangguan seksual sebanyak 13 kali ketika menjalankan uji kaji sosial dari rumahnya ke pusat beli-belah; tidak berapa jauh di bandar Jakarta.

Kajian sosialnya itu mendedahkan bahawa golongan wanita sering berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat awam, tidak kira cara penampilan biarpun tidak berpakaian seksi.

- Mynewshub

No comments

Loading...