Header Ads

Loading...

[VIDEO] Isa Samad Antara 9 Dipanggil Kes Pindah Milik Tanah Felda

Foto: KLXpress

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan individu kesembilan dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK), Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan kes pemindahan hak milik tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, Mohd. Isa tiba di pejabat JSJK kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Saya sahkan beliau datang ke sini bagi merakam percakapan berhubung siasatan kes tanah Felda bagi membolehkan siasatan dijalankan.


Loading...

“Sebelum beliau, kami telah rakam lapan percakapan lapan individu yang berkaitan dalam membantu siasatan kes ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Amar Singh, pihaknya dijadualkan merakam percakapan seorang lagi individu, Isnin ini.

“Siapa individu yang telah dipanggil dan akan dipanggil itu tidak perlu didedahkan.

“Mereka semua dipanggil bagi membantu siasatan kes tanah Felda yang tengah berjalan sekarang ini,” ujarnya.

Amar Singh membe­ritahu, siasatan kes ber­kenaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Ke­seksaan atas kesalahan melakukan penipuan.

Pada 21 Disember 2017, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad me­­maklumkan pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila dikesan telah ditukar milik kepada Synergy Prominade Sdn. Bhd. (Synergy Prominade).

Felda telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas pihak yang terlibat dalam perkara itu.


- Utusan Online

No comments

Loading...
loading...