Header Ads

Loading...

[Video] Dr M Cabar PAS Namakan Calon Perdana Menteri Mereka


PETALING JAYA: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS menamakan calon perdana menteri mereka sebelum pilihan raya umum ke-14.

Bekas perdana menteri, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), menjawab ura-ura PAS dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentuk satu “pakatan sulit” di Kelantan untuk memudahkan kemenangan PAS pada pilihan raya nanti.

“Kita nak tahu, PAS nak bertanding, siapa calon perdana menteri dia? Dia calon Najib ke dia calon saya?

“Kalau dia bagitahu siapa calon dia, saya rasa dia boleh menang kalau orang suka calon dia.


Loading...

“Itu lah kita tak tahu. Yang kita pun tak tahu sama ada Najib akan memimpin BN ataupun tidak. Dengar-dengar orang Umno ni tak senang dengan Najib.

“Itu pendapat orang Umno yang disampaikan kepada saya, dengan permintaan supaya saya jangan dedahkan nama dia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Spekulasi kerjasama PAS-Umno kuat diperkatakan sejak parti Islamis itu memutuskan kerjasama dengan PKR April tahun lalu.

Keengganan PAS bekerjasama dengan gabungan pembangkang PH, yang akan menyebabkan pertandingan 3 penjuru, juga menyumbang kepada spekulasi itu.

Ini diikuti dengan penampiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di beberapa acara yang dihadiri rakan sejawatnya dari Umno, Najib.

Ini termasuk Himpunan Solidariti Ummah Rohingya 2016 dan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis tahun lepas.


Sumber: FMT

No comments

Loading...