Header Ads

Loading...

Usah Layan Serangan Tun M, Kata Shahidan


ARAU: Pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) diminta tidak melayan apa saja tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap parti berkenaan, sebaliknya memberi fokus dalam membantu rakyat.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata serangan berbentuk peribadi yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

"Semua kenyataan, tuduhan dan serangan itu hanya mengurangkan sokongan terhadap mereka (gabungan pembangkang).

"Rakyat boleh menilai semua ini, permusuhan yang dilakukan ini tidak membawa ke mana-mana.


Loading...

"Semakin hari rakyat semakin bertambah (tuduhan), jadi kita perlu bekerja lebih keras untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Hadiah Mesra Bag 2 School 2018 di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai 100 pelajar dari seluruh Perlis menerima sumbangan beg sekolah anjuran Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM).

Shahidan berkata golongan yang 'menyerang' kerajaan langsung tidak membantu rakyat.

"Yang menyerang kita ni terlalu ramai, mereka ini tidak menyumbang apa pun.

"Mereka serang kita, tetapi anak mereka kerja dengan kerajaan, malah ada kalangan mereka yang menerima sumbangan daripada kita," katanya.

Shahidan juga berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga tidak seharusnya memperlekehkan graduan menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber bagi menjana pendapatan kerana insan yang mulia di sisi Allah adalah taqwanya dan bukannya pekerjaannya.

- BH Online

No comments

Loading...