Header Ads

Umno Dipercayai Semua Kaum: Anina


SHAH ALAM - Hanya Umno parti yang mendapat mandat dan kepercayaan daripada lapisan kaum dalam BN.

Presiden NGO Empirical Malaysia, Anina Saadudin, berkata, sebaliknya Bersatu pula tiada kekuatan pengaruh untuk menduduki dua kerusi terpenting sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Hanya Umno parti tunggal orang Melayu yang memiliki kuasa terbesar dalam gabungan parti-parti politik di Malaysia. Ianya kekal sejak dahulu hingga kini.

Loading...


"Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan adalah berkaitan “gabungan harapan rapuh” itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, sejauh manakah  “harapan rapuh” ini dapat bertahan sedangkan 32 juta rakyat Malaysia mempertaruhkan masa depan mereka terhadap gagasan ini sekiranya benar Pakatan Harapan  berjaya memenangi PRU14.

"Ianya bukan sekadar persoalan tentang keyakinan, tetapi sejauh manakah pengundi Malaysia berani mengubah kerajaan pada PRU 14," katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...