Tun Razak Tidak Minta Mahathir Hancurkan Umno
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa kembali ke
pangkuan Umno untuk mengukuh, mempertahankan dan menjulangUmno di persada
dunia, bukan menghancurkanmya.
Anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk
Nazifuddin berkata, Mahathir sanggup membelakangkan segala prinsip dan
pencapaian yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri dan
presiden Umno.
“Mahathir sekarang sanggup bersekongkol dengan DAP dan
menggadai maruah semata-mata untuk menjatuhkan Najib dan menjadi calon perdana
menteri pakatan pembangkang.
“Tingkah laku, perbuatan dan kata-katadilemparkan Mahathir
kepada Najibamat mendukacitakan, keterlaluan dan menyisihkan prinsip etika
seorang bekas perdana menteri,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Loading...
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan isteri Mahathir,
Tun Dr. Siti Hasmah, bahawa Mahathir tidak mungkin menjadi perdana menteri
keempat jika bukan kerana (Tun Abdul) Razak mempersiapkannya.
Abdul Razak bertanggungjawab membawa Mahathir kembali
menyertai Umno pada 1971 setelah disingkirkan keahlian Umno pada 1969 oleh
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Katanya, perbezaan pendapat dalam politik adalah lumrah
apatah lagi dalam urusan tadbir urus negara yangNajib warisi dari zaman
pemerintahan Mahathir.
“Dalam konteks ini, sudah tentu Najib melalui zaman yang
berbeza denganMahathir. Kehendak dan kemahuan rakyat juga berbeza mengikut
peredaran waktu yang cukup pantas.
“Kita kini hidup dalam era kemajuan bidang teknologi dan
ekonomi digital yang berkembang pesat.
“Tidak ada sebab Mahathir hendakterlalu marah terhadap Najib
melainkan jika terselit agenda tersirat sebagaimana yang disebut-sebut
sebahagian besar rakyat yang amat mengenali Mahathir,” katanya.
Katanya, jika benar Mahathir menghargai dan mengenang jasa
Razak, lindungilah anaknya Najib.
“Najib telah melindungi Mahathirdalam mempertahankan jawatan
Presiden Umno pada 1987 hingga membawa kepada krisis politik di mana Umno telah
diharamkan pada 1988.
“Bentenglah Najib sebagaimana beliaumembentengi Mahathir
dalam krisis politik negara pada 1998 sehingga mencetuskan gerakkan reformasi
menjelang PRU10 pada1999,” katanya.
Katanya, andai Mahathir benar-benar menyayangi Razak,
biarlah hidup umpama Allahyarham, bersama Umnohingga ke nafas terakhir.
“Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan. Jalan yang
Allahyarham rintis untukmu menjadi perdana menteri Malaysia keempat,” katanya.
- Sinar Harian
Post a Comment