Header Ads

Loading...

Tun Mahathir Mohon Batalkan Sepina Jamal

Foto: FMT

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan permohonan untuk membatalkan sepina yang diperoleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk beliau memberi keterangan dalam saman ke atas pengerusi Bersih Maria Chin.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Tun Mahathir memaklumkan, notis permohonan bagi membatalkan sepina itu dihantar pada 19 Disember tahun lepas, lapor Sinar Harian.

"Pihak kami mengemukakan permohonan itu atas alasan Jamal telah menyalahgunakan proses mahkamah dan berniat jahat terhadapnya bertujuan untuk mereka-reka gimik politik berkait perbicaraan kes saman tersebut," katanya.


Loading...

Selain itu, Muhammad Rafique berkata  mereka turut memberikan alasan bahawa bekas perdana menteri itu tidak mempunyai pengetahuan khusus berhubung isu berbangkit di dalam kes saman berkenaan.

Pada 28 September lalu,  Jamal memperoleh perintah sepina supaya Tun Mahathir menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan aktivis Maria Chin Abdullah kerana mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab kemudiannya  menetapkan 15 Januari depan untuk pengurusan kes itu.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam V. Mugunthan yang mewakili Jamal.

Pada 14 November tahun lepas, mahkamah membenarkan permohonan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk membatalkan sepina yang diperoleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kes yang sama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu atas alasan Mohamad Fuzi yang ketika itu merupakan Pengarah Cawangan Khas tidak mempunyai pengetahuan berhubung penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Melalui saman yang difailkan pada 7 Oktober 2016,

Maria, 61 terhadap Jamal yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) mendakwa Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Maria juga mendakwa pada 4 Oktober 2016, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Oktober di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

No comments

Loading...
loading...