Header Ads

Loading...

Tun M Ucap Terima Kasih Anwar, Sanggup Lupakan Dendam Lampau Demi Selamatkan Negara


SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya yang sanggup melupakan dendam lampau untuk bekerjasama dengannya demi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau terhutang budi kepada mereka kerana bukan mudah untuk menerima orang yang bertanggungjawab memenjarakan ketua umum PKR itu, lapor FMT.

“Bukan mudah baginya untuk terima saya yang kita boleh berjabat tangan, tapi untuk terima saya sebagai seorang daripada pimpinan parti yang melawan Umno bukan mudah.


Loading...

“Sebab itu kita mengambil masa yang lama, tapi akhirnya keutamaan diberi kepada perjuangan melawan Datuk Seri Najib Razak,” katanya semasa berucap pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.

Mengulas lanjut, pengerusi PPBM itu berkata, keluarga Anwar menderita selama 20 tahun sepanjang proses perbicaraan dan bekas ketua pembangkang itu dipenjarakan.

“Bukan saja Anwar, keluarganya tentu merasai tekanan bila Anwar dimasukkan dalam tahanan.

“Mereka menderita 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah bagi keluarga Anwar.

“Namun demikian, akhirnya mereka dapat belakangkan sedikit apa yang dilalui 18 tahun dahulu dan utamakan masalah yang dihadapi kita sekarang ini.”

Hari ini, Jabatan Penjara mengesahkan Anwar akan selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun pada 8 Jun ini, berdasarkan amalan memendekkan hukuman di bawah peraturan penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, berdasarkan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan yang dijatuhkan hukuman lebih sebulan boleh diberikan remitan 1/3.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan liwat terhadapnya.

No comments

Loading...