Header Ads

Tun M Konsisten Untuk Tidak Konsisten - TPM


BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), bukti pemimpin pembangkang itu seorang yang tidak konsisten dalam pendiriannya.

"Saya amat 'menghargai' Tun M yang secara konsisten (untuk) tidak konsisten.

"Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya pakatan (Pakatan Harapan) telah menamakan beliau (Dr Mahathir calon perdana menteri), hari ini bila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan kepada pencalonan beliau, maka beliau kata beliau 'dipaksa', saya tidak mahu campur soal parti politik orang lain, tetapi itulah pandangan saya," katanya dengan nada sinis.


Loading...

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaharu Dr Mahathir itu selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak di Dewan Dato' Mohamed Jamrah, di sini hari ini.

Dalam ucapannya di Pontian, Johor semalam, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu sekiranya pembangkang memenangi PRU-14.

Dr Mahathir mendakwa beliau sebenarnya mahu berehat, namun tidak dapat berbuat demikian hingga hari ini sejak menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

- BH Online

No comments

Loading...