Header Ads

Loading...

Tun M Jangan Pandang Rendah Orang Melayu

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar - Foto: NST

PETALING JAYA - “Kalau orang Melayu kurang rajin, kurang tekun takkan ada orang Melayu jadi jutawan, antara 10 terkaya di Malaysia,” kata Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung  Karang berkata, orang Melayu perlu diberi bimbingan dan nasihat serta meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan bagi membela nasib generasi akan datang.

Menurutnya, budaya masyarakat Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Tamadun China.

“Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tuntutlah ilmu hingga ke negeri China menunjukkan negara tembok besar itu lebih dahulu terbentuk tamadunnya.


Loading...

“Nak dibandingkan kaum Melayu yang baru mempunyai kesedaran tentang pendidikan dan budaya selepas merdeka,” katanya menjawab soalan media berhubung kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang melabel bangsa Melayu kurang tekun, kurang rajin dan kurang amanah dalam program Bicara Wawasan di Cyberjaya kelmarin.

Beliau dalam pada itu menegaskan pentingnya  kesedaran pembangunan pendidikan dalam mengubah kehidupan.

“Lihat kesedaran pendidikan oleh masyarakat Cina melalui program sumbangan pembangunan pendidikan di Sekolah Cina mampu kutip mencecah sehingga RM1 juta jika dibandingkan Sekolah Kebangsaan yang mencapai sehingga RM70,000 sahaja.

“Jadi benda ini yang perlu diubah, tak semestinya yang kaya sahaja perlu menyumbang sebaliknya semua pihak perlu bermurah hati berganding bahu meningkatkan kemudahan pendidikan bagi keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...