Header Ads

Loading...

Tun M Jadi PM: Ku Li, Jangan Buat-Buat Lupa


KUANTAN - Pakatan Harapan (Harapan) menempelak kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataan pemimpin itu bahawa tiada jaminan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekali lagi.

Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Monogaran berkata, Tengku Razaleigh sudah lupa peruntukan undang-undang membenarkan lantikan individu sama sebagai perdana menteri.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan ada menjelaskan mana-mana individu boleh dilantik sebagai perdana menteri jika boleh menyakinkan Yang Di Pertuan Agong serta mendapat sokongan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.


Loading...

“Jika syarat itu dipenuhi, pasti lantikan itu boleh direalisasikan dan kerajaan boleh ditubuhkan,” katanya.


Beliau berkata demikian, ketika membidas kenyataan Tengku Razaliegh mengenai isu tersebut pada Konvensyen Harapan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Monogaran berkata, DAP Pahang menyokong penuh pelantikan Tun Mahathir sebagai perdana menteri.

“Parti gabungan Harapan serius melantik beliau untuk menerajui negara, sekiranya Harapan berjaya menumbangkan Umno dan BN,” katanya.

Semalam, Tengku Razaliegh mempersoalkan sama ada Tun Mahathir bersungguh-sungguh  mahu melaksanakan reformasi institusi sekiranya menjadi perdana menteri nanti.

Katanya, melihat kepada sejarah 22 tahun Tun Mahathir memimpin kerajaan BN dari 1981 hingga 2003, serta usianya, Tengku Razaleigh berkata hanya masa akan tentukan sama ada Tun Mahathir akan membawa kelahiran semula Mahathirisme.

Menyentuh isu tersebut, Monogaran berkata, tidak mustahil Tun Mahathir boleh berubah kerana beliau kini berada sebumbung di bawah Harapan.

- Sinar Harian

No comments

Loading...