Header Ads

Loading...

Tun M, Hentikanlah Sengketa Dengan Umno


SHAH ALAM - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghentikan sengketa dengan parti rumpun Melayu itu.

Ini kerana menurut Exco Wanita Umno, Datuk Jamelah Abu Bakar, apa yang dilakukan Mahathir kini boleh merosakkan perpaduan negara.

"Saya akui, memang Mahathir seorang yang berjasa kepada parti (Umno) dan negara.


Loading...

"Saya harap, walau apa pun pendapat beliau, meskipun tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang, jangan sampai merosakkan perpaduan negara," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Jamelah bagaimanapun enggan bercakap buruk mengenai Mahathir.

"Kita ingin mengenang beliau sebagai seorang yang pernah berjasa untuk negara, saya tak mahu ingat hal atau perkara tidak elok berkenaan Mahathir di akhir usianya.

"Saya tidak mahu marah atau kutuk Mahathir, ibarat seorang bapa yang marahkan kita, tak kan kita mahu lawan bapa kita?" jelasnya.

Meskipun hati 'tercalar' dengan perbuatan Mahathir, Jamelah mengingatkan Mahathir yang Umno masih menggantung potretnya sebaris dengan pimpinan lain di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga hari ini.

"Walaupun Mahathir kini menentang Umno, potretnya di PWTC tidak pernah diturunkan dan masih diletakkan sebaris dengan pemimpin lain," katanya lagi.

- Sinar Harian

No comments

Loading...