Header Ads

Tun M Gesa ROS Percepat Lulus Satu Logo



SHAH ALAM - Pakatan Harapan menegaskan pihaknya mahu bertanding menggunakan satu logo pada PRU14.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan mereka.

"Kita nak tanding guna satu logo (Harapan) tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cari alasan tak nak bagi lulus.


Loading...

"Inilah kerajaan pada hari ini. Mereka berusaha menghalang kita daripada menang," katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan, hari ini.

Jelasnya, jika ROS meluluskan permohonan itu dalam masa terdekat mereka boleh memperkenalkannya kepada pengundi.

"Kalau sebulan sebelum PRU, susah kami nak kempen dan orang tak kenal parti kita," katanya.

Menurut laporan Sinar Online lagi November tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan pembangkang Harapan tidak diluluskan kerana masalah dalaman parti seperti DAP dan Bersatu.

Namun begitu, DAP telah mengadakan Kongres Khas 2017 pada November lalu bagi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu manakala Bersatu juga turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 30 Disember lepas.

No comments

Loading...