Header Ads

Tun M Ancam Hubungan Diplomatik


KUALA LUMPUR: Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 16 Duta Negara Kesatuan Eropah (EU) pada 25 Januari lalu adalah ancaman kepada hubungan diplomatik dan kedaulatan Malaysia.

Senator Khairul Azwan Harun, berkata pertemuan itu membahayakan usaha kerajaan untuk melindungi kedaulatan dan kedudukan negara dalam industri minyak sawit.

Katanya, kompromi yang berbahaya itu boleh memberi kesan secara langsung kepada pendapatan beratus ribu penanam sawit di Malaysia.


Loading...

"Yang paling menyedihkan saya ialah Tun Dr Mahathir kini menyerupai tabiat semua pemimpin pembangkang, menyokong campur tangan asing dalam sebuah negara yang demokratik dan bebas.

"Malaysia mempunyai hubungan baik dengan EU. Kita sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam dialog diplomatik antara kerajaan dengan negara anggota EU.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan tindakan boleh menggugat hubungan yang baik selama ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tindakan Dr Mahathir itu dikecam kerana Malaysia ketika ini giat melawan sekatan minyak sawit oleh EU dan beliau juga dilihat tidak mempedulikan nasib 650,000 pekebun kecil.

- BH Online

No comments

Loading...