Header Ads

Loading...

Tukang Urut Mengaku Bukan Islam Elak Ditahan


SEREMBAN: Dua tukang urut wanita warga asing yang beragama Islam sanggup mengaku bukan Islam semata-mata mengelak ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan diadakan di sebuah premis urut di Senawang di sini, malam tadi.

Ketua Unit Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, ketika serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, wanita berusia 30-an berkenaan sedang melayan pelanggan.

"Pemeriksaan dilakukan susulan maklumat awam yang premis terbabit disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.


Loading...

"Ketika serbuan, tukang urut wanita warga Indonesia berkenaan sedang memberikan perkhidmatan mereka kepada tiga pelanggan di mana dua daripadanya adalah warga Pakistan," katanya.

Menurutnya, ketika keterangan kedua-dua wanita berkenaan diambil, mereka mengaku beragama Kristian, namun siasatan lanjut pada dokumen pengenalan dirinya mendapati mereka adalah beragama Islam.

Malah mereka juga pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama iaitu mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2004 kerana berkhalwat.

"Namun disebabkan tindakannya mengaku sebagai bukan Islam, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 48.

"Mereka bersama tiga pelanggan berusia 30-an ditahan dan dibawa ke pejabat penguatkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu beliau mengingatkan masyarakat Islam supaya tidak melakukan perkara tidak bermoral dan menyalahi hukum agama kerana ia merosakkan imej Islam.

- Sinar Harian

No comments

Loading...