Header Ads

Loading...

Tolak Tun M Sebagai Calon PM? Tun M Sedia Bincang


PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia mendengar sebab-sebab bantahan daripada kepimpinan PKR Selangor berhubung isu penolakan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Menurutnya, pihak yang membantah perlu memaklumkan siapakah calon alternatif yang dilihat layak bertanding berbanding dirinya, menerusi rundingan yang akan dibuat tanpa memaklumkan masa dan tarikh dengan terperinci.

“Ini kita nak tanya, kita nak tahu. Kita bukan nak tolak siapa.


Loading...

“Tentu ada orang setuju tak setuju. Kita runding tengok siapa calon ganti,” katanya dalam satu sidang media selepas  mempengerusikan Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, perkara ini adalah masalah dalaman yang tidak sepatutnya sampai ke pengetahuan media.

“Ini semua perkara dalaman tak payah lah media nak tahu,” katanya.

Dalam konvensyennya yang lalu, Pakatan Harapan telah mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Susulan pengumuman itu, ada beberapa kalangan pemimpin PKR kecewa terhadap keputusan itu, antaranya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.

Ahli Parlimen Ampang dalam masa yang sama menafikan dirinya mempunyai masalah peribadi dengan Mahathir, sebaliknya beranggapan Pengerusi Pakatan Harapan itu lebih layak menjadi menteri kanan jika pembangkang menang kelak.

No comments

Loading...