Header Ads

Tinggalkan PPBM: Tidak Mengapa, Mereka Boleh Pergi - Tun M


KUALA LUMPUR: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk mana-mana individu meninggalkan parti kerana tiada hasrat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan astro awani, Jelas Tun M lagi, mereka yang meninggalkan parti PPBM berkemungkinan telah menerima habuan masing-masing.

"Tidak mengapa, mereka boleh pergi. Mungkin mereka telah menerima insentif dan sebab itu mereka pergi.


Loading...

"Sesiapa yang tiada minat untuk menjatuhkan Najib tidak diperlukan dalam parti ini," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran PPBM Setiwangsa di sini, pada Ahad malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai 100 anggota PPBM dari Klang yang meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan.

No comments

Loading...