Header Ads

Tiga 'Super Khan' Tolak Jemputan Benjamin Netanhayu Kerana Kekejaman Pemimpin Israel Itu Kepada Palestin


22 Jan - Baru-baru ini, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan juga Aamir Khan telah menolak untuk menghadiri satu jemputan majlis anjuran Benjamin Netanhayu dengan alasan kekejaman yang telah dia lakukan terhadap rakyat Palestin, lapor Muslim Mirror.

Tindakan tiga hero Bollywood itu telah mendapat pujian dari netizen dan menganggap mereka telah membuat perkara yang betul.

Sesetengah media antarabangsa juga tidak kurang untuk mengkritik 3 pelakon hebat ini atas tindakan berkenaan yang dianggap sebagai tidak sepatutnya berlaku.


Loading...

Tiga 'Super Khan' itu berpendapat, kekejaman dan pertumpahan darah yang berlaku di Palestin selama ini sudah cukup untuk dijadikan sebab mereka menolak jemputan berkenaan.


Manakala, dalam majlis yang sama Amitha Bachchan memuat naik gambar selfie bersama Perdana Menteri Israel itu dan telah mendapat kritikan hebat dari rakyat India sendiri yang beranggapan bahawa pelakon veteran itu tidak sensitif tentang apa yang sedang berlaku di Palestin.

Pelakon Bollywood, Ejaz Khan pula telah memuat naik sebuah video bertujuan mengecam tindakan Amitha Bachchan tersebut.

- Siakap Keli

No comments

Loading...