Header Ads

Tidak Wajar Guru Sebar Kebencian Terhadap Kerajaan


PUTRAJAYA: Warga pendidik diingatkan untuk tidak terlibat dalam kegiatan parti-parti pembangkang sehingga sanggup memburukkan kerajaan dan menyebarkan kebencian dalam kalangan rakyat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, warga pendidik yang termasuk pegawai-pegawai kementerian, pengetua, guru besar dan para guru perlu menjaga etika sebagai penjawat awam dan mematuhi tatatertib yang ditetapkan.


Loading...

“Tidak patut seorang guru besar ada jawatan dalam parti pembangkang, takkan hendak tunjuk sampai macam itu, ada jawatan perkhidmatan kerajaan tetapi ada juga jawatan parti politik pembangkang, saya ingat itu sangat tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2018 Kementerian Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...