Header Ads

Tiada Permohonan Rasmi Tun M Melawat Anwar


PUTRAJAYA – Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam.

Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, Tun Mahathir seharusnya membuat permohonan terlebih dahulu sebelum melawat Anwar kerana ianya termaktub di dalam peraturan-peraturan penjara.


Loading...

"Kalau Tun Mahathir ada membuat permohonan, kami akan mempertimbangkan permohonannya tetapi, belum pasti sama ada kami meluluskan permohonan itu," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di ibu kementerian itu, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak membenarkan Tun Mahathir membuat lawatan tersebut bukannya atas arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya keputusan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Sementara itu, Dr Ahmad Zahid berkata, beliau mempertaruhkan keyakinannya terhadap jabatan itu dalam membuat keputusan mengikut lunas undang-undang negara.

Semalam, Tun Mahathir meluahkan kekecewaannya setelah dapat tidak melawat Anwar dengan menyatakan larangan itu dibuat oleh KDN.

- Sinar Harian 

No comments

Loading...