Header Ads

Terlibat Kes Curi, 2 Bekas Staf Aliff Syukri Dicekup


POLIS menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes curi wang tunai dan barang kemas milik isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.

Suspek masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an yang juga merupakan bekas pekerja Pengarah Urusan D’Herbs itu ditahan di kediaman mereka terletak di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. S. Somu, suspek adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Aliff yang mana sudah didakwa pada 5 Julai tahun lalu.


Loading...

“Pada 18 Jun 2017 jam 4 petang, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah buat laporan polis mengenai pembantu rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumah beliau.

“Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah).

“Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Februari,” katanya seperti yang dipetik daripada Astro Awani.

Menurutnya lagi, pihak polis juga berjaya merampas satu tas tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur Shahida selain wang tunai berjumlah RM 2,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. 

– Mynewshub

No comments

Loading...