Header Ads

Tak Kekal Selamanya


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Pelan HARAPAN ialah mendapatkan pengampunan diraja buat suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Beliau kemudian akan menjalani proses biasa undang-undang sebelum diangkat menjadi perdana menteri.


Loading...

Anwar memang asalnya calon perdana menteri daripada pembangkang sebelum ini sehinggalah BERSATU ditubuhkan dan nama Dr Mahathir dicadangkan
Jika pelan itu menjadi kenyataan - dan HARAPAN benar-benar mengetepikan BN dari Putrajaya - Dr Mahathir akan berundur dan Anwar disebut-sebut menggantikannya.

Dalam keadaan itu Anwar menjadi perdana menteri manakala Dr Wan Azizah sebagai timbalannya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara dan bakal bebas pada 8 Jun ini.

Pada sidang media sama Dr Mahathir berkata beliau tidak bercadang menjadi perdana menteri sehingga ke akhir hayatnya, lapor Malaysiakini.

Ditanya kemungkinan Dr Mahathir akan menghabiskan tempoh penggal sebagai perdana menteri sehingga ke PRU ke-15, beliau tidak menjawab dengan jelas.

"Ia boleh jadi apa-apa saja. Saya berumur 92 tahun sekarang dan saya tidak kekal selama-lamanya," katanya.

Untuk rekod Dr Mahathir adalah individu yang menjadi perdana menteri ketika Anwar dikaitkan dengan salah laku seks serta rasuah sehingga menyebabkan beliau disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Dr Mahathir juga pernah menegaskan Anwar tidak layak menjadi perdana menteri kerana dakwaan liwat yang dikaitkan kepadanya.

Mengenai cadangan menjadikan Anwar sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, Dr Mahathir berkata, ada proses yang perlu dilakukan mengikut undang-undang.

"Terserah kepada parti untuk menentukan bila beliau akan mengambil alih," katanya.

No comments

Loading...