Header Ads

Synergy Promenade Akan Serah Semula Tanah Felda Di Jalan Semarak


KUALA LUMPUR - Synergy Promenade Sdn Bhd akan menyerahkan semula tanah kontroversi Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah mencapai kata putus berhubung perkara ini, lapor Sinar Harian.

Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat, dipercayai hari ini.

Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.

Loading...

No comments

Loading...