Header Ads

Syed Saddiq Mungkin Bertanding Parlimen Di Utara Johor

Foto: Malay Mail

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka bakal bertanding kerusi Parlimen di utara Johor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perkara itu didedahkan sumber kepada Malaysiakini.

"Beliau tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi kerusi Parlimen di utara Johor," katanya tetapi tidak menjelaskan secara lebih lanjut.

Syed Saddiq ketika dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu.

"Biar parti sahaja putuskan," katanya.


Loading...

BERSATU diperuntukkan dua kerusi Parlimen di utara Johor, iaitu Pagoh dan Muar.

Dengan presiden Tan Sri Muhyiddn Yassin dijangka mempertahankan Pagoh yang sudah dipegangnya selama tujuh penggal, pilihan yang jelas buat Syed Saddiq adalah Muar.

Muar adalah kerusi marjinal Umno, melalui Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang memenanginya dengan 51 peratus undi atau majoriti 1,646 undi, pada PRU lalu.

Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan minat untuk bertanding di tempat kelahirannya iaitu Pulai, namun Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dijangka bertanding sekali lagi di kerusi parlimen itu.

Sumber: Malaysiakini

No comments

Loading...