Header Ads

Loading...

Syak Gambar Anak Dirakam ‘Mat Bangla’, Wanita Beranikan Diri Hampiri Suspek Dan Dapati...


Ancaman kes pedofilia tidak boleh dipandang mudah, dan pengalaman hitam berdepan insiden tersebut turut berlaku kepada seorang wanita dikenali Siti Umairah, yang mana status dimuat naik di laman Facebooknya berhubung kejadian itu kini tular di laman sosial.

Menurut Siti Umairah, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam tadi (Isnin) ketika dia bersama anak perempuan bernama Layla Salikin, ibu serta kakaknya pergi membeli-belah di pasaraya Tesco di Kulim, Kedah.

Setiba di pusat membeli belah itu, dia dan ahli keluarga yang lain berpecah bagi mencari barang masing-masing.

Ketika dia sedang memilih pakaian untuk anak perempuannya itu, Siti Umairah terkejut apabila mendakwa seorang lelaki warga Bangladesh bertindak merakam gambar Layla Salikin.


Loading...

Mengesyaki sesuatu tidak kena, Siti Umairah memberanikan diri menghampiri suspek, yang ketika itu bersama kira-kira lima lagi lelaki yang juga warga asing bagi mendapatkan kepastian kerana bimbang gambar anak perempuannya menjadi mangsa pedofilia.

“Saya gagahkan diri dan bertanya dalam nada marah, "Buat apa?!". Mereka mula menjauhkan diri.

“Saya tolak troli dan ikut sambil jari menunding dan beri isyarat memanggil mereka ke mari dengan mulut saya lantang berkata, “Open camera gallery, delete. I call police”,” katanya dalam entri tersebut yang sehingga kini mendapat perkongsian lebih 7,600 pengguna Facebook.

Siti Umairah menambah suspek yang memegang telefon bimbit kemudian berpatah balik ke arah dia sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya yang sudah mula kelihatan gelisah.

Suspek kemudian membuka galeri gambar di dalam telefon bimbit miliknya dan alangkah terkejutnya Siti Umairah apabila mendapati gambar anak perempuan telah dirakam oleh lelaki warga asing itu.

Siti Umairah turut mendakwa terdapat banyak lagi gambar dipercayai gambar kanak-kanak lain yang telah dirakam oleh suspek.

“Dia buang semua gambar Layla sambil mulutnya tidak berhenti berkata, "Okay, delete (padam), delete, delete. Sorry (Maaf), sorry. I don't know. (Saya tidak tahu) Sorry, no police (jangan panggil polis)."

“Allah, gais, ampa rasa? Saya ketaq segala-galanya. Saya pergi cari mak dan kakak ipar dan ceritakan apa yang berlaku. Saya bertekad nak maklumkan kejadian itu kepada pihak Tesco,” ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Umairah melahirkan kekesalan selepas mendakwa kakitangan pasaraya berkenaan tidak memberikan bantuan yang sepatutnya dan hanya mengarahkan dia membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan.

“Saya nampak dua orang kakitangannya di bahagian keju, tetapi mereka tak layan. Mereka suruh saya pergi ke bahagian khidmat pelanggan sebab manager ada di situ. Seriuslah bhai?

“Saya call (hubungi) suami, Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Ohtman Arshad dan beritahu semua yang berlaku tadi. Saya teruskan ambil apa yang saya mahu dan masih nampak segerombolan lelaki Bangla itu masih berlegar-legar dengan tangan salah seorang daripadanya masih memegang telefon bimbit.

“Saya buat bayaran, pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan ceritakan kejadian itu. Kakitangannya pula kata, "Okay, kami akan berhati-hati.". What? Itu saja? Tak nak tanya saya ke lelaki yang mana? (segerombolan lelaki Bangla itu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa). Demmit! Celaru. Ikut mak dan kakak ipar yang menunggu di food court,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, sekumpulan lelaki warga asing itu masih berada di lokasi kejadian ketika dia menunggu abangnya datang ke food court di pasaraya berkenaan. Kesempatan itu digunakan oleh Siti Umairah untuk merakam gambar suspek, walaupun tindakannya itu disedari salah seorang daripada mereka.

Jelasnya, mujurlah anggota polis datang ke lokasi kejadian dan menunggu mereka sekeluarga di tempat meletak kereta. Namun malangnya, suspek-suspek sudah tiada di lokasi kejadian dipercayai sudah melarikan diri.

“Gais out there, parents out there, maaf. Entah kenapa saya tak suruh saja makhluk itu delete semua gambar budak-budak yang ada di dalam handphonenya. Maaf, saya sangat blur pada masa itu. Entah dari mana saya dapat kekuatan untuk menghampiri mereka pada awal kejadian.

“Please, sambil kita mencuci mata, rupa-rupanya ada yang 'curi' (cahaya) mata kita. Dalam kes ini, Alhamdulillah saya terberani dan Alhamdulillah segerombolan lelaki Bangla itu tidak mengganas. Itu saja yang saya nak beritahu,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda anggota polis dan pihak terbabit yang membantunya.

- Malaysian Digest

No comments

Loading...