Header Ads

Loading...

Suspek Kes Samun, Bunuh Juruteknologi Pergigian Berjaya Ditemui

SUSPEK utama kes samun dan bunuh Juruteknologi Pergigian Mahusin Abd Rahim, ditemui di sebuah rumah di Johor Bahru, kira-kira 9 malam semalam.

Suspek yang berumur 19 tahun itu kemudiannya diperintah untuk di reman tujuh hari hingga Selasa depan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Norharyatie Mohd Said selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Zakaria Zainal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata, lelaki yang tidak bekerja itu juga dipercayai menggunakan kad kredit milik mangsa.


Loading...

Beliau berkata, pihak polis turut merampas motosikal Yamaha Y152ZR dan sebuah topi keledar milik mangsa yang berada dalam simpanan suspek.

“Siasatan turut mendapati lelaki tersebut tidak mengubah nombor pendaftaran motosikal itu," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 22 Januari lalu, seorang juruteknologi pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson, Mahussin, 28, ditemukan mati dibunuh di kediamannya di tingkat empat Kuarters Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut.

Siasatan awal berdasarkan keadaan mayatnya mendapati mangsa meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemukan.

Bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban mengesahkan mangsa mati akibat hentakan benda keras pada kepala. – Bernama

No comments

Loading...