Header Ads

Loading...

‘Siapa Nakal Sangat Ni, Saya Doktor, Bukan Gengster’


ADA sahaja kisah yang mencuit hati yang dikongsi oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Facebook rasminya, buat tatapan para penyokongnya di alam maya.

Terkini, perkongsian beliau mengenai gambar beliau berperwatakan samseng menarik perhatian ramai.


Loading...

"Siapa nakal sangat ni, saya doktor, bukan gengster. Nak memulihkan pentadbiran negara, bukan memusnahkan," kongsinya yang disertakan dengan gambar merujuk beliau akan kembali ke Putrajaya dalam sosok seperti seorang gengster.

Perkongsian beliau itu terus menarik 15 ribu like dalam masa hanya dua jam dikongsi dan hampir beratus komen mula membanjiri ruangan komen.

"Terbaik Tun M, " tulis Afi Azreen Fardil.

Sementara menurut, menurut Sudin Din, Tun Mahathir banyak jasanya kepada negara, beliau berjuang masa era zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

- Sinar Harian

No comments

Loading...
loading...