Header Ads

Loading...

Seksi Bukan Bermakna Jahat - Nana Al Haleq


KUALA LUMPUR: Bermula dengan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, wajah Nana Al Haleq kini semakin mendapat tempat di kaca televisyen tempatan.

Terbaru, Nana, 31, diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mengendalikan program siaran NTV7.

Anak jati Kuala Lumpur ini mengakui, biarpun rutin kesihatannya dijadikan inspirasi oleh ramai orang, dirinya tidak terkecuali berdepan pelbagai tohmahan, termasuk daripada mereka mempertikaikan pegangan agamanya kerana menggayakan pakaian seksi.


Loading...

"Sebagai manusia, saya ada juga "search" nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya. Sukar juga untuk menerimanya pada peringkat awal, namun memilih untuk tidak mengendahkan perkara yang dirasakan tak memberikan manfaat kepada saya.

"Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk," katanya.

Menyentuh pembabitannya dalam bidang pengacaraan, wanita ini mengaku beliau perlu mengatur jadual kerja dengan lebih sempurna.



"Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyusun jadual, bersama tanggungjawab baharu sebagai pengacara. Tidak salah rasanya saya memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Paling tidak, saya berani keluar daripada zon selesa," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, menyifatkan aktiviti membentuk susuk badan berotot seperti 'kerja seni', Nana berkata, hingga ke hari ini, beliau seronok untuk berbuat demikian selain menjalani serta menyebarkan amalan kehidupan sihat.

- BH Online


No comments

Loading...