Header Ads

Loading...

'Sekiranya Rakyat Berjaya Menukar Kerajaan, Pasti Kerajaan Seterusnya Akan Takut Untuk Melakukan Salah Guna Kuasa' - Syed Saddiq

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto: Malay Mail

SHAH ALAM - Rakyat perlu beri peluang kepada Pakatan Harapan (Harapan) untuk mentadbir negara pada PRU depan.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, meskipun Harapan mungkin tidak sempurna, beliau percaya Harapan mampu memacu negara ke arah kemajuan dan pentadbiran yang lebih baik, lapor Sinar Harian.

"Saya akui, memang semua parti politik dalam negara ini tidak sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


Loading...

"Namun rakyat harus beri peluang kepada kami (pembangkang) terlebih dahulu, sekiranya kami gagal, rakyat boleh tukar semula kami pada pilihan raya akan datang," katanya menerusi slot rancangan 'The Breakfast Grille' yang bersiaran ke udara menerusi radio BFM, pagi semalam.

Pakatan Harapan baru-baru ini mengumumkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan parti itu menang pada PRU14 akan datang.

Pengumuman itu dibaca Ketua Setiusaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam pengumuman khas sebentar tadi pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018, di Shah Alam.

Menurutnya lagi, pemerintah akan datang pasti akan lebih hati-hati dan akan melakukan lebih baik daripada sekarang sekiranya rakyat menunjukkan kemampuan menukar kerajaan pada PRU depan.

"Sekiranya rakyat berjaya menukar kerajaan sedia ada, saya pasti kerajaan seterusnya akan takut untuk melakukan salah guna kuasa dan akan memastikan pentadbiran dijalankan dengan telus kerana mereka sudah sedar akan kuasa rakyat," katanya lagi.

No comments

Loading...