Header Ads

Loading...

Saya Terkejut Kalau Tun M Dapat Pengaruhi Pengundi Muda - Azalina


KUALA LUMPUR: Keputusan Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mengetepikan hasrat generasi muda untuk mewarisi kepimpinan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia sekali gus tersasar daripada aspirasi yang digariskan kerajaan sedia ada menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Jelasnya, golongan muda selama ini sudah menerima TN50 dan keputusan PH itu dilihat tidak membawa harapan mereka.

"Saya tak tahulah Tun Mahathir ada pengaruh atau tidak.

Loading...


"Kalau Tun M dapat mempengaruhi pengundi terutama sekali pengundi muda, saya rasa agak terperanjatlah.

"Bagi saya, generasi muda mesti melihat kepada masa depan," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja di Wisma Amanahraya pada Isnin.

Setakat November 2017, lebih 80,000 aspirasi TN50 diterima Kementerian Belia dan Sukan malah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu pemimpin sedia ada sediakan negara untuk generasi akan datang.

Pada Ahad, PH setuju Tun M dilantik sebagai perdana menteri manakala Wan Azizah pula sebagai timbalan sekiranya menang PRU14.


- Astro Awani, Sinar Tv

No comments

Loading...