Header Ads

Loading...

Sanggup Mengaku Rakyat Brunei? Itu Memalukan - KJ


PARIT BUNTAR - Kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sanggup mengaku sebagai rakyat Brunei atas alasan malu dengan imej negara 'tercemar' di mata dunia sebelum ini adalah satu perkara memalukan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kedah itu dalam satu program santai rakyat di Baling menunjukkan Mukhriz tidak ada semangat cintakan negara dan sanggup menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia.

Menurutnya, meskipun tidak bersetuju dengan kerajaan BN, Mukhriz tidak sepatutnya sampai malu untuk mengaku sebagai warganegara Malaysia kepada rakyat luar.


Loading...

"Jika ada pemimpin pembangkang yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, pengundi perlu menilai sendiri adakah perlu untuk mereka mengangkat mereka menjadi pemimpin negara?

"Mungkin dia dakwa kenyataannya disalah petik, namun bagi saya kenyataan kononnya malu dengan dengan imej dan kepimpinan negara adalah perkara memalukan," katanya kepada media pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Parit Buntar di Sekolah Kebangsaan(SK) Titi Serong, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Md Ali, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Abdullah Salleh dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Buntar, Mu'ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan yakin kerajaan negeri Perak akan terus kekal diperintah BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada PRU14.

Menurutnya, keyakinan itu diluahkannya bukan atas faktor 'over confident', namun mengambil kira dua faktor utama iaitu kecelaruan parti pembangkang dan perlaksanaan strategi berkesan oleh kerajaan sedia ada.

"Saya yakin rakyat Perak akan terus kekal menyokong kepimpinan Menteri Besar Perak dan percaya pendekatan mesra rakyat diamalkan beliau akan terus memastikan kerajaan Perak terus dipimpin BN.

"Pada masa sama, kecelaruan parti pembangkang memilih jalan ke belakang dengan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 pastinya akan menimbulkan rasa curiga rakyat terhadap mereka,"katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...