Header Ads

Loading...

Riak Tsunami Melayu Dapat Dirasai Pada Ceramah Dr Mahathir


BELUM ada sebarang petanda "tsunami" Melayu tetapi riaknya dapat dirasai, kata seorang penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dr Mazlan Ali menegaskan terdapat fenomena hampir serupa dengan tahun 1999 apabila mereka yang selalunya tidak mengambil bahagian dalam politik mula keluar dan menghadiri ceramah tertentu.

"Belum ada gelombang lagi tetapi riaknya sudah ada. Jadi, nampaknya gelombang akan datang.

"Ia mungkin berterusan memandangkan penasihat PKR Anwar Ibrahim juga akan dibebaskan pada Jun," kata Mazlan pada forum di Unversiti Malaya hari ini.
Mazlan berkata, pemerhatiannya berdasarkan empat acara Dr Mahathir Mohamad yang dihadirinya di Pasir Puteh, Kuala Berang, Jerantut dan Semenyih tahun lepas.

"Walaupun, ia hanya anekdot, tetapi saya dapati ramai penyokong Umno dan PAS turut menghadiri acara ini.


Loading...

"Dan yang lebih menarik, terdapat juga orang yang biasanya tidak mengambil bahagian dalam politik menghadiri acara ini," kata Mazlan, yang menambah mudah baginya untuk membezakan antara peserta ceramah kali pertama dan biasa.

Beliau berkata sesetengah daripada mereka mungkin bukan ahli Umno atau PAS tetapi diyakini mengundi kedua-dua parti.

"Ada seorang wanita datang bersama bayi dan anaknya menangis tetapi diabaikannya dan terus memberi tumpuan kepada ceramah. Ini sangat mirip dengan 1999 di mana mereka yang biasanya tidak mengambil bahagian dalam politik keluar untuk mendengar ceramah," kata Mazlan.

Beliau menjawab soalan sama ada tsunami Melayu akan datang pada pilihan raya akan datang.

Felo kanan Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata semua tinjauan menunjukkan satu lagi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

"Tetapi kerja kuantitatif mempunyai batasan dan wawancara kualitatif saya dengan pengundi menunjukkan kemungkinan peralihan Melayu," kata Wan Saiful.

Tun Dr Mahathir Mohamad

"Dua isu utama adalah pengaruh Dr Mahathir dan kemarahan terhadap Najib Razak dan pelbagai tuduhan, terutamanya di kalangan pengundi Melayu bandar.

"Tuduhan terhadap Najib menyebabkan gangguan pembaharuan yang beliau ingin lakukan."

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada terdapat tsunami Melayu pada PRU14.

Felo penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata masalah yang boleh menggerakkan pengundi Melayu adalah isu agama, etnik, monarki dan budaya.

"Ia seperti ketika Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 yang dilihat sebagai pemimpin Islam atau ketika Umno di Johor menolak pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Isu-isu seperti ini boleh mencetuskan undi Melayu.

"Tetapi saya tidak melihat isu ini sekarang. PAS bingung dengan perbalahan sementara orang Melayu kelas menengah menjadi lebih warak. Jadi, jika Umno boleh mengerakkan orang Melayu kelas pertengahan, mereka masih boleh mendapat manfaat," kata Asri.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka membuat pembentangan pada seminar bicara politik "Menuju PRU14" di UM.

Asri membentangkan mengenai "Pengundi Lexicographic di Malaysia: Kajian Kes di Negeri Pahang", Mazlan mengenai "Trend Politik dan Simulasi PRU14 Negeri Terengganu" dan Wan Saiful mengenai "Bolehkah Parti-Parti Melayu baru Mencabar Umno?".

Acara ini dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dimoderatorkan oleh pengarahnya Prof Dr Hamidin Abd Hamid.

Sumber: The Malaysian Insight

No comments

Loading...