Header Ads

Loading...

Rajinikanth Lawat Najib, Sertai Acara Seni Malam Ini


KUALA LUMPUR, 6 Jan — Bintang besar Rajinikanth bertemu Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai membalas kunjungan perdana menteri di India tahun lalu.

Tokoh filem dari India itu berada di sini sempena festival Natchathira Vizha yang dijadual di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini, lapor Malay Mail.

Perdana menteri merakamkan pertemuan mereka berdua melalui foto di Twitter.

Loading...



“Sangat gembira bertemu thailava @superstarrajini semula hari ini, kali ini di Malaysia. Nikmati masa anda di sini,” kata Najib di media sosial itu.
Rajinikanth akan menyertai 250 seniman India termasuk Kamal Haasan dan artis Malaysia untuk bertemu penonton di sini dalam acara tersebut.

Perdana menteri antara tetamu kehormat yang dijangka hadir. Penganjur menyediakan 30,000 tiket antara RM10 dan RM30 untuk acara ini.

Hujung Mac lalu, Najib bertemu Rajinikanth, nama pentas Sivaji Rao Gaekwad, di Chennai. Beliau berharap pelakon itu menyambung filem Kabali di Malaysia.

Filem ke-159 lakonan Rajnikanth diarahkan oleh P Ranjith. Ia menjalani penggambaran di Malaysia, Thailand serta Hong Kong. 

No comments

Loading...