Header Ads

PRU14: Bukan Senang Lawan Bekas PM – Ahmad Bashah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah - Foto: Malay Mail

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui saingan PRU14 dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya umum (PRU) sebelum ini kerana BN berdepan pencabar yang pernah terajui parti itu.

Katanya, ini menyebabkan persediaan jentera BN kali ini dibuat lebih rapi, termasuk mengukuhkan perpaduan kalangan ahlinya.

“Walaupun kita sebuah parti yang matang dan banyak pengalaman berdepan PRU, namun situasi setiap PRU berbeza. Kali ini cabaran agak hebat kerana kita berdepan mantan perdana menteri selama 22 tahun, yang juga bekas ahli Umno yang banyak pengalaman, walaupun beliau calon kitar semula,” katanya, selepas program penyerahan sumbangan basikal kepada 500 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda.


Loading...

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, untuk berdepan cabaran PRU14 itu, BN memerlukan jentera parti yang lebih mantap dengan persiapan maksima.

“Kita perlu siap siaga dalam semua aspek. Perpaduan ahli juga penting kerana ia penentu kejayaan, tanpa kesepakatan kita akan alami kekalahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kesemua ahli BN mengukuhkan kesepakatan dan segera selesaikan apa jua permasalahan yang wujud dalam tempoh berbaki ini.

Mengulas mengenai jentera parti, katanya, BN Kedah sudah bersedia turun padang bertemu pengundi, selepas jentera parti itu dilancarkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kelmarin.

“Kita sudah agihkan poster kempen ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk peruntukan untuk unit itu bergerak bersama pasukan Jentera Rakyat (JR) berjumpa pengundi. Pendekatan ini membolehkan kita mendapat maklumat tepat mengenai keperluan di sesuatu kawasan,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, kunjungan dari rumah ke rumah juga akan dilakukan oleh kesemua 672 PDM di negeri ini.

“Setiap PDM dilengkapi 22 unit, antaranya unit kenderaan, unit pengundi luar dan unit kempen. Setiap unit ada peranan masing-masing dan maklumat terkini akan dikemas kini di bilik gerakan ini,” katanya.

No comments

Loading...