Header Ads

Polis Tidak Bertindak Keras Terhadap Siti Hasmah


JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri menjelaskan penahanan polis ke atas Tun Dr Siti Hasmah tidak melibatkan tindakan kekerasan.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sebaliknya bekas wanita pertama Malaysia itu hanya disiasat berhubung kehadiran beliau dalam satu program yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, lapor Sinar Harian.

Katanya, kerajaan amat menghormati Siti Hasmah di atas jasanya terhadap negara dan kementerian berkenaan sentiasa diingatkan agar mengambil tindakan menggunakan pendekatan bijaksana bagi menghadapi isu-isu berkaitan politik.


Loading...

"Polis hanya jalankan siasatan berhubung kehadiran beliau pada satu majlis yang tidak mendapat kebenaran polis, itu saja. Ia bukan bertujuan untuk mengambil tindakan kekerasan atau untuk menakutkan beliau.

"Kerana kita sebagai pemerintah amat menghormati Tun Hasmah di atas jasanya selama ini sebagai pendamping bekas Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah  yang menyifatkan penahanan itu sebagai tindakan kasar terhadap Siti Hasmah.

Jumaat lalu, Siti Hasmah, 91, disoal siasat di Yayasan AlBukhary di ibu negara  dipercayai berkaitan penyertaan beliau dalam perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' di Kuala Lumpur pada September lepas.

No comments

Loading...