Header Ads

Loading...

PM Ucap Syabas Kejayaan Skuad B-23 Negara


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara kerana berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Stadium Kunshan, China, malam ini.

“Syabas #HarimauMalaya B-23 berjaya tundukkan Arab Saudi untuk ke suku akhir #AFCU23 ! #Negaraku #Kebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Skuad negara mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C.


Loading...

Pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan bersejarah, sekali gus memastikan Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku Naib Juara Kumpulan C di belakang Iraq.

Pada aksi suku akhir yang dijadual berlangsung Jumaat ini, menanti Malaysia adalah juara kumpulan D antara Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria yang mana persaingan masih terbuka buat keempat-empat pasukan itu. – BERNAMA

No comments

Loading...