Header Ads

PM Najib Yakin Kukuhkan Hubungan Malaysia-India


NEW DELHI -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin lawatan kerja dua hari ke India kali akan membawa hubungan ASEAN-India dan Malaysia-India ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau yang kini berada di ibu negara India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India berkata banyak perkara yang akan dibincangkan dan diketengahkan pada sidang kemuncak kali ini.

“Antaranya melibatkan pelaburan, kesalinghubungan, keselamatan dan pertimbangan geopolitik.


Loading...

“Jika sekiranya lawatan saya yang lalu telah menghasilkan komitmen pelaburan berjumlah RM158 billion pada jangka masa panjang, saya yakin lawatan kali ini akan membawa hubungan ASEAN-India dan Malaysia-India ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam video singkat yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Najib berkata walaupun mempunyai jadual padat sepanjang lawatan ini, beliau yakin semua yang dirancang akan berjalan lancar.

Ini merupakan kunjungan keempat Najib ke India selepas memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, dengan yang terakhir kurang setahun lepas apabila beliau mengadakan lawatan rasmi dari 30 Mac hingga 4 April yang membawa beliau ke Chennai, Jaipur dan New Delhi.

Kunjungan itu juga adalah atas jemputan rakan sejawatannya Narendra Modi.

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 hubungan dialog blok berkenaan dengan negara itu.

Selain Najib, kesemua sembilan pemimpin negara anggota ASEAN –Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina, Brunei. Laos dan Kemboja turut hadir menjayakan sidang kemuncak dan turut dijadual menghadiri perarakan Hari Republik India ke-69 sebagai tetamu kehormat pada Jumaat.
-- BERNAMA

No comments

Loading...