Header Ads

Pilih Tun M, Pakatan Harapan Lewat 37 Tahun, Kata Nazri Aziz


PADANG RENGAS: Cadangan untuk memilih bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri di kalangan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai langkah keterbelakang.

Ini kerana UMNO sebelum ini telah pun memilih beliau untuk menjawat jawatan sama 37 tahun lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pemilihan pemimpin berusia 92 tahun itu sebagai calon Perdana Menteri hanya akan memberi mesej kepada rakyat bahawa negara tidak akan mempunyai masa depan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Loading...

“Cadangan mereka, kalau PH menang, Mahathir akan jadi PM. Apa pembaharuan yang ada? Kalau nak cadang Mahathir jadi PM, BN sudah buat 37 tahun dulu dah.

“Kalau pilih orang dah lanjut umurnya untuk jadi PM maka ia tidak ada masa depan.

“Tiada cara paling jelas lagi Tuhan nak tunjukkan kepada rakyat untuk buat pemilihan tepat, pilihlah BN,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, selain faktor usia Tun Mahathir, kredibiliti bekas Perdana Menteri itu juga kini dilihat amat rendah berikutan sering dikeji oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan ahli partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Justeru katanya, calon tidak relevan yang bakal ditampilkan oleh pihak pembangkang itu hanya akan memberi petunjuk kepada rakyat supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang demi memastikan negara terus stabil dan mempunyai masa depan yang cerah.

- Astro Awani

No comments

Loading...