Header Ads

Loading...

Persatuan Tenis Doa Yang Terbaik Buat Siti Hasmah

Tun Dr Siti hasmah Mohd Ali - Foto: The Star

Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas penaungnya Tun Dr Siti hasmah Mohd Ali, dan berkata sudah tiba masanya untuk persatuan itu memandang ke hadapan.

"Siti Hasmah sudah bersama kami selama 20 tahun, kami benar-benar terhutang budi terhadap sokongan berterusan beliau dan mendoakan yang terbaik untuknya.

"Kini masa untuk persatuan melangkah ke hadapan dan menetapkan sasaran bagi meningkatkan pencapaian, termasuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik Tokyo 2020," kata Presiden WTM Muhd Iqbal Sulaiman dalam kenyataan.


Loading...

Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu digugurkan daripada jawatan penaung selepas rombakan jawatankuasa Disember lalu.

Pembantu peribadinya Rozlina Jamaluddin berkata, WTM menyerahkan surat bertarikh 28 Disember yang memaklumkan perkara itu, di pejabatnya pada 22 Januari lalu.

Mahathir menyindir pengguguran itu dengan menyifatkannya akan menyumbang kepada kemenangan besar Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Anaknya Datin Paduka Marina Mahathir pula mengkritik tindakan itu dan menyifatkannya sebagai "lekeh".

Apatah lagi perkara itu diketahui selepas tindakan polis mengambil keterangan Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di Kuala lumpur pada September tahun lalu, dikritik banyak pihak.



Muhd Iqbal berharap Marina dan pihak yang mengkritik langkah pihaknya agar dapat memahami yang persatuan itu berhasrat untuk menjadi lebih progresif dan "perubahan tak dapat dielakkan".

"Selepas penilaian terperinci tentang pencapaian dan sumbangan masa lalu, penyusunan dan perancangan yang agresif telah dirangka.

"Ini adalah keputusan bersama majlis eksekutif baru yang merasakan persatuan memerlukan perubahan bagi meraih pencapaian yang luar biasa.

"Ia termasuklah keputusan yang sukar untuk mencari penaung baru yang perlu terlibat secara aktif dalam kegiatan meraih dana dan memberikan kasihat penting selaras dengan visi jangka masa panjang persatuan," katanya lagi.

- Malaysiakini

No comments

Loading...