Header Ads

Loading...

Permohonan Pakatan Harapan Ke ROS Tiada Jawapan


PETALING JAYA - Status permohonan Pakatan Harapan untuk menjadi gabungan rasmi yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) masih tiada jawapan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, meskipun masalah yang dihadapi cuba diperbetulkan namun, sehingga sekarang masih tidak ada jawapan terhadap permohonan tersebut.

“Mereka memaklumkan secara lisan ada masalah dengan Bersatu, DAP dan sebagainya tetapi kita sudah cuba betulkan.

“Bila hantar peringatan pun tak ada juga jawapan. Seolah-olah benda ni tak berlaku, kita hairan sedangkan telah hantar mengikut semua peraturan,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.


Loading...

Oleh sebab itu beliau berkata, hal ini tidak dapat dipastikan adakah mereka terima atau tidak , sehingga ianya boleh dianggap sebagai perkara luar biasa yang dilakukan terhadap Pakatan Harapan.

Beliau berkata, memandangkan tempoh ramalan berlangsungnya PRU14 semakin hampir, Pakatan Harapan harus giat berkempen walaupun status permohonan menggunakan satu logo, lambang dan bendera yang sama belum diputuskan ROS.“Kita tidak boleh tunggu lama kerana kita perlu berkempen, dan kempen ini perlukan masa dan tindakan-tindakan tertentu.

“Kita mempunyai hanya 14 minggu saja kalau kita anggap PRU14 adalah pada Mei ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas adakah Pakatan Harapan akan mempertimbangkan untuk bertanding di bawah logo salah satu daripada parti gabungan itu, Mahathir berkata, perkara itu belum dibincangkan lagi.

Dalam pada itu Mahathir berkata, dalam menjayakan kempen tersebut, Pakatan Harapan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara mulai Februari ini.

“Siri jelajah ini akan bergerak  ke setiap negeri, pada setiap minggu disertai oleh calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...