Header Ads

Pengusaha Kosmetik Selalu 'Live' Di FB Bersama Duit Dan Barang Kemas Kena Rompak Dan Ditembak


27 Jan - Gara-gara Live di Facebook bersama wang ringgit dan barang kemas, seorang pengusaha kosmetik dikatakan telah dirompak sekumpulan lelaki di sebuah premis terletak di Rantau Panjang.

Pengusaha kosmetik tersebut dikatakan sering melakukan Live Facebook untuk mempromosikan produknya. Bukan itu sahaja, malah beliau juga sering mempamerkan wang ringgit yang banyak dan barang kemas sebagai habuan untuk pelanggan-pelanggannya.


Loading...

Memetik laporan Berita Harian, mangsa telah disamun kira-kira jam 2 pagi di premis perniagaan mangsa. Mangsa didakwa ditembak di bahagian kaki dan kemungkinan mangsa juga dipukul di bahagian kepala.

Semua barang kemas dan wang ringgit bernilai RM150 ribu milik mangsa dipercayai di samun oleh sekumpulan perompak yang bermotosikal dan lengkap bersenjata.


Pihak polis dikatakan terpaksa memecahkan pintu premis berkenaan yang dipercayai telah dikunci oleh suspek.



Mangsa dikatakan sememangnya terkenal dengan perniagaan Live di Facebook dan telah mempunyai pengikut serta pelanggan setianya yang tersendiri.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

- Siakapkeli.my

No comments

Loading...